Demi N.37 Bukit Lanjan yang harmoni dan maju


Demi N.37 Bukit Lanjan yang harmoni dan maju


Assalammualaikum wm.wbt. Dan salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia!

Saya telah dipilih oleh parti politik berbilang kaum saya, iaitu Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), sebagai bakal calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi DUN Selangor (N.37 Bukit Lanjan) di PRU 14 nanti.

Pertama sekali, saya dengan bangganya menyatakan saya adalah seorang rakyat Malaysia dan juga seorang Melayu yang beragama Islam. (I Am Malaysian First!)

Saya menyertai Gerakan selama lapan (8) tahun kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Justeru politik adalah untuk kesejahteraan dan kepentingan pelbagai kaum dan agama yang menjadi rakyat Malaysia yakni Bangsa Malaysia.

Bagi setiap orang yang dilahirkan di Malaysia, beliau adalah seorang rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama atau budaya.

Ini adalah penampilan pertama saya di dalam arena pilihanraya umum di Malaysia dan saya berharap sungguh untuk diberi peluang untuk berkhidmat dengan ikhlas dan jujur untuk semua rakyat di Bukit Lanjan.

Sekiranya saya terpilih, maka saya berikrar untuk:

1. Mengambil langkah-langkah yang pro-aktif untuk mempertahankan hak-hak umum rakyat Malaysia.

2. Mempertahan dan menegakkan keadilan untuk rakyat Malaysia terhadap perbuatan-perbuatan samseng dan pelampau-pelampau agama dan bangsa yang mengancam perpaduan negara. Ini adalah untuk membantu memastikan bahawa komuniti Bukit Lanjan dan kawasan kejiranan kekal harmoni dan maju.

3. Menubuhkan Pusat Perkhidmatan sepenuh masa untuk rakyat Bukit Lanjan untuk membantu menyelesaikan masalah masyarakat dan kawasan kejiranan.

4. Melancarkan program-program pendidikan sosial yang bermakna dan aktiviti-aktiviti untuk membantu mempromosikan pentingnya untuk memupuk nilai-nilai murni yang tinggi di kalangan kanak-kanak dan komuniti sebagai asas untuk mengujudkan kawasan kejiranan yang harmoni dan maju.

5. Menyokong program-program dan projek keselamatan kejiranan dan keselamatan awam.

6. Menggunakan apa sahaja sumber walaupun terhad, serta mengumpul dana untuk kerja kerja menaik taraf dan penyelenggaraan longkang, jalan raya, padang/padang permainan kanak-kanak.

7. Memantau dan memastikan bahawa perkhidmatan perbandaran yang memuaskan diberikan kepada pembayar-pembayar cukai taksiran (pintu) seperti yang diwajibkan oleh pihak kerajaan tempatan.

8. Membantu mengumpul dana bagi keperluan pendidikan kanak-kanak dari keluarga yang kurang bernasib baik dan miskin.

Akhirnya, tetapi tidak kurang pentingnya, anda boleh menghubungi saya melalui saluran media berikut:

http://syedabdulrazakalsagoff.blogspot.my/

http://bukitlanjan.blogspot.my/

Laman Facebook: https://www.facebook.com/pekmohbukitlanjan/

Facebook (Kumpulan tertutup): https://www.facebook.com/groups/1208223109291280/

email: sralsagoff@yahoo.com

H/P: 6019-2399966

Saya merayu kepada semua penduduk dan pengundi Bukit Lanjan untuk meluangkan sedikit masa untuk melawat http://bukitlanjan.blogspot.my/ supaya memahami betapa pentingnya mengujudkan kawasan kejiranan atau komuniti yang bersatu, aman dan progresif.


Comments

  1. Saya berharap Saudara Syed akan mencerminkan kepimpinan yang berwibawa dan membawa kemakmuran untuk penduduk Bukit Lanjan ; jika di pilih untuk merajui hasrat dan harapan kita semua.

    Ada banyak perkara yang harus di utarakan untuk membawa kesinambungan yang lebih progresif.

    Harapan kita adalah untuk seorang insan yang prihatin dalam menjalankan tugasan harian demi membela dan membantu rakyat biasa yang terdesak dengan kos harian.

    Kita harap Saudara Tuan Syed akan mendengar keluhan kita semua demi kesejahteraan Bukit Lanjan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

21st Century digital world’s growing number of ‘couch potatoes’ in Malaysia

Malaysian children are going hungry? They are worse off than Ghanaians?

吴正飞御用大律师 – 另一个大马出生的成功故事 (QC Ng - another Malaysian-born success story to emulate)